Latar Belakang Projek
Integrated Disaster Management System (IDMS), merupakan satu sistem yang dibangunkan dengan kerjasama pelbagai agensi dengan tujuan menggabungkan segala maklumat yang berkepentingan dalam pengurusan bencana di dalam satu sistem.
Objektif pembangunan sistem ini adalah untuk membantu NADMA dari segi:
- Menyelaras dan membuat keputusan dalam aspek pengurusan bencana dengan agensi yang berkaitan
- Menyeragamkan format penyampaian data bagi memudahkan penyelarasan maklumat
- Berkongsi data dan keputusan analisis antara agensi teknikal
- Memudahkan rujukan dan penyampaian maklumat kepada stakeholder